Cara Pengukuran Tekanan Darah

Hampir setiap orang pernah melakukan pengukuran tekanan darah sekurang-kurangnya sekali. Pengukuran tekanan darah adalah satu proses yang penting kerana ia boleh member maklumat yang penting tentang keadaan jantung dan saluran darah seseorang itu.

Apakah Bacaan Yang Diukur?
Doktor biasanya mengukur tekanan darag maksimum (sistolik) dan tekanan darah terendah (diastolik) yang dihasilkan oleh proses mengepam jantung.
Tekanan sistolik adalah tekanan darah maksimum dalam arteri ketika jantung sedang mengecut dan mengepam darah ke seluruh badan.
Tekanan diastolik pula merupakan tekanan darah terendah dalam arteri semasa jantung sedang berehat.
Kedua-dua bacaan tekanan sistolik dan diastolik adalah penting. Jika salah satu jenis tekanan darah itu lebih daripada julat yang sihat, ia bererti seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?
Demi mendapatkan pengukuran tekanan darah yang tepat, seseorang itu perlu duduk atau baring (di atas katil pemeriksaan) dengan keadaan yang tenang dan selesa. Tangannya mesti disokong dan relaks.

  • Satu pelambung lengan tangan akan dibalut di sekitar lengan anda dan diketatkan.
  • Satu tiub udara akan disambung ke satu penunjuk tekanan jenis merkuri dan segala tekanan yang terkumpul didalam pelambung udara lengan tangan tersebut akan ditunjuk pada penunjuk tekanan tersebut.
  • Udara akan dipam masuk kedalam pelambung lengan itu dan anda boleh rasa ketat pada lengan tangan.
  • Doktor akan menempatkan stetoskop pada lengan anda dan mendengar denyutan darah semasa udara dikeluarkan secara perlahan-lahan.
  • Tekanan darah sistolik akan diambil ketika doktor mendengar denyutan nadi.
  • Nada denyutan ini akan menjadi semakin lemah akhirnya hilang.
  • Tekanan darah diastolik diukur pada ketika doktor tidak dapat mendengar nada denyutan nadi.
  • Tekanan darah diukur dalam unit milimeter merkuri (mmHg).

Itu merupakan cara pengukuran tekanan darah tradisional yang sudah diguna lebih daripada seratus tahun. Kini dengan teknologi moden, tekanan darah dapat diukur dengan pengukur tekanan darah jenis elektronik. Kini, pengukur tekanan jenis merkuri sudah semakin disingkirkan kerana kemungkinan keracunan merkuri.

Ukuran tekanan darah berkala adalah penting untuk kesihatan keran bacaan yang diperolehi boleh membantu dalam mengelakkan sakit jantung.

This entry was posted in Sakit Jantung, Tekanan Darah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>