Tekanan Darah, Aterotrombosis dan Sakit Jantung

Semua orang pernah dengar dan tahu apa itu sakit jantung, tetapi masih terdapat ramai orang yang tidak tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan hampir 30 % kematian!

Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak kolesterol yang pecah dan sumbat saluran darah. Pembentukan darah beku secara berterusan akan menghalang aliran darah. Apabila aliran darah tersumbat, ia akan menyebabkan serangan sakit jantung atau strok.

Ini sebabnya kenapa setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengelakkan semua faktor risiko yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau sakit jantung. Antara faktor-faktor risiko sakit jantung yang perlu dielakkan adalah:

Simptom-simptom lain seperti hidung kerap berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah tinggi.

Malangnya, masih terdapat ramai orang tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak, mata, dan buah pinggang.

Kira-kira 28% rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi!

This entry was posted in Aterotrombosis, Sakit Jantung, Tekanan Darah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>